Wednesday 15 August 2018

"MOCK-AUDIT" EKSA ZON BWTD SEMPENA LAWATAN AUDIT EKSA MAMPU

Untuk makluman tuan/puan, sebagai persedian akhir kepada lawatan audit EKSA oleh pihak MAMPU pada 15 Ogos 2018, satu lawatan Mock-Audit EKSA Zon BWTD akan dijalankan pada hari ini dan bakal diketuai oleh Pengarah BWTD, Encik Sadikin Bin Aton, selaku Ketua EKSA Zon BWTD mengikut ketetapan berikut:
                Tarikh      : 14 Ogos 2018
                Masa       : 2.30 pm (bermula)
                Tempat   : Semua kawasan di BWTD

Sehubungan itu, mohon jasa baik kerjasama semua warga BWTD untuk melakukan persiapan terakhir persediaaan lawatan ini dan mohon semua AJK EKSA Zon BWTD bersiap-sedia serta PIC Kawasan untuk berada di kawasan seliaan masing-masing ketika lawatan audit ini berlangsung.
Kerjasama dan perhatian tuan/puan terhadap perkara ini amatlah dihargai.
 
-JK Promosi-

TENTATIF LAWATAN AUDIT EKSA OLEH MAMPU DI ZON BWTD PADA 15 OGOS 2018



Friday 3 August 2018

AUDIT DALAMAN EKSA BWTD UNTUK PERSEDIAAN AUDIT EKSA OLEH MAMPU PADA 15 OGOS 2018


Dimaklumkan bahawa Audit Dalaman EKSA BWTD akan diadakan pada 6 Ogos 2018 (Isnin). Tujuan audit kali ini adalah untuk menilai tahap amalan EKSA warga BWTD sebelum audit EKSA yang akan dijalankan oleh pihak MAMPU yang dijadualkan pada 15 Ogos 2018.

Sehubungan itu, semua warga BWTD dimohon supaya memberikan kerjasama serta mengambil tindakan pembetulan/penambahbaikan yang sewajarnya ke atas sebarang teguran audit yang dibangkitkan.

-JK AUDIT DALAM-

SYABAS : MAKLUMBALAS LAPORAN AUDIT EKSA JANM SIRI 1/2018

SYABAS warga BWTD yang telah memberikan maklum balas positif bagi teguran audit EKSA seperti pada Laporan Audit Dalaman EKSA pada 3 Mei 2018 :








Tuesday 31 July 2018

LAPORAN PENEMUAN AUDIT EKSA JANM SIRI 1/2018

JURUAUDIT ZON BWTD :

i.
Puan Siti Khatijah Binti Samsudin
ii.
Puan Norazwin bt Zainal


Berikutan dengan Pengauditan Dalaman EKSA pada 3 Mei 2018 yang lalu, mohon tindakan kepada semua warga BWTD untuk menambah baik penemuan-penemuan oleh Juruaudit seperti berikut:











Thursday 3 May 2018

TENTATIF PENGAUDITAN DALAMAN EKSA JANM SIRI 1/2018 (3 MEI 2018)





Berikut merupakan Tentatif Program Pengauditan Dalaman EKSA JANM Siri 1/2018 di Zon BWTD pada 3 Mei 2018 (Khamis):

TENTATIF
2.00 petang             Ketibaan rombongan lawatan Jawatankuasa Audit EKSA JANM
2.15 petang             Ucapan Aluan dari Penolong Ketua Zon/ Ketua Zon BWTD
2.25 petang             Persembahan Sudut EKSA (Maya)
2.30 petang             Lawatan EKSA
3.15 petang             Semakan Dokumentasi EKSA
3.30 petang             Sesi Penutup


Dipohon kerjasama semua PIC dan warga BWTD untuk membuat persediaan sewajarnya dan berada di ruang kerja/sudut masing-masing sehingga sesi lawatan selesai. Segala kerjasama tuan/puan mengenai perkara ini amatlah dihargai.


Wednesday 18 April 2018

PANDUAN PANTAS PENYERAGAMAN EKSA JANM 2018 ZON BWTD


Sempena lawatan audit EKSA oleh MAMPU yang bakal dijalankan pada 10 hingga 11 Mei 2018 ini, diharapkan semua warga BWTD bersama-sama memastikan piawaian Garis Panduan Penyeragaman EKSA JANM yang telah diedarkan pada 9 April 2018 yang lalu dapat dilaksanakan sebaik mungkin terutamanya kepada perkara-perkara seperti di gambarajah berikut:






Tuesday 10 April 2018

GARIS PANDUAN PENYERAGAMAN EKSA JANM 2018


Untuk makluman, Jawatankuasa Penyeragaman EKSA JANM (BPOPP) telah menyediakan Garis Panduan Penyeragaman EKSA untuk dirujuk dan digunapakai oleh semua Zon. Setiap perkara yang ada di dalam garis panduan tersebut perlu dilaksanakan sebelum audit MAMPU pada 10 hingga 11 Mei 2018.
Sehubungan itu, bersama-sama ini dipanjangkan link Garis Panduan Penyeragaman EKSA JANM seperti di bawah untuk makluman dan rujukan pihak tuan/puan selanjutnya.​ Garis panduan tersebut juga akan dimuatnaik ke dalam Portal Rasmi JANM.


Saturday 31 March 2018

LAWATAN EKSA KE INSTITUT LATIHAN ISLAM BANGI (ILIM), JAKIM PADA 2 APRIL 2018 (ISNIN)


Untuk makluman tuan/puan, dalam usaha untuk meningkatkan semangat dalam melaksanakan EKSA di kalangan warga kerja BWTD dan sebagai salah satu langkah untuk sentiasa memperbaiki mutu perkhidmatan kepada orang ramai, satu lawatan EKSA ke ILIM, JAKIM Bangi akan diadakan seperti mana berikut.

                        Tarikh              :           02 April 2018 (Isnin)
                        Masa               :           10.30 am – 12.30 pm
                        Tempat            :           ILIM, JAKIM, 12, Jalan Maktab, Seksyen 12 43650 Bangi,
                                                            Selangor