Tuesday 29 November 2016

PENGANUGERAHAN KHAS EKSA BWTD BIL. 1/2016


Hasil daripada Lawatan Audit Kendiri EKSA BWTD ​oleh Jawatankuasa Kecil Audit EKSA BWTD pada 24 November 2016 yang lalu, kawasan/ruangan berikut telah mendapat markah yang tertinggi dan layak untuk diberikan Penganugerahan Khas EKSA BWTD Bil. 1/2016:

            ​I.    BILIK PEGAWAI TERBAIK - BILIK PENGARAH BWTD
            II.   RUANG KERJA/WORKSTATION TERBAIK - PUAN JULIANA
            III.  STOR TERBAIK - STOR UNIT AKAUN
            IV
.  RUANG GUNASAMA TERBAIK - RUANG GO GREEN
             V.  SURAU TERBAIK - SURAU LELAKI

Sehubungan itu, pihak Jawatankuasa EKSA BWTD mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada penerima - penerima anugerah dan Sijil Penghargaan akan diedarkan kepada PIC-PIC yang terlibat. 


Semoga dengan kejayaan ini memberi lebih semangat bukan sahaja kepada penerima - penerima anugerah bahkan kepada semua PIC - PIC yang lain dalam memastikan persediaan menyambut Lawatan Audit Jawatankuasa Induk EKSA pada 1 Disember 2016 ini dapat dilakukan dengan kerjasama dan komitmen sepenuhnya oleh warga BWTD.

Monday 21 November 2016

LAWATAN PRA-AUDIT EKSA OLEH JAWATANKUASA AUDIT KENDIRI PADA 24 NOVEMBER 2016

Jawatankuasa Audit Kecil EKSA BWTD telah memutuskan untuk mengadakan lawatan audit kendiri (pra-audit) pada 24 November 2016 (Khamis) ini sebagai persediaan menghadapi lawatan audit induk EKSA.


Justeru, diharap warga BWTD keseluruhannya mengambil maklum akan hal ini dan memberi komitmen sepenuhnya terhadap kerja-kerja persediaan dalam menyambut lawatan-lawatan audit EKSA ini.

Friday 14 October 2016

SENAMROBIK & TAKLIMAT EKSA 14 OKTOBER 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa Taklimat EKSA akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 14 Oktober 2016
Masa : 9.30 - 10.30 pagi
Tempat : Bilik Gunasama BWTD

Dimaklumkan juga bahawa senamrobik akan diadakan di Bilik Gunasama pada jam 9.00 - 9.30 pagi.


Tuesday 16 August 2016

PENGAUDITAN AUDIT DALAM EKSA JANM PADA 14 SEPTEMBER 2015 DAN 15 SEPTEMBER 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa satu lawatan Pengauditan Audit Dalam EKSA JANM akan di adakan pada 14 September 2015 dan 15 September 2015 di setiap Zon bawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

PENGENALAN

SELAMAT DATANG KE SUDUT MAYA EKSA 

BAHAGIAN PENGURUSAN WANG TAK DITUNTUT