Wednesday 27 December 2017

NOTA PROGRAM "EKSA TALK"


Terima kasih diucapkan kepada semua warga BWTD yang telah hadir dan menjayakan program “EKSA Talk” pada hari 21.12.2017 yang lalu. Di bawah ialah capaian bagi memuaturun nota mengenai kriteria EKSA untuk rujukan dan tindakan tuan/puan jua:


EKSA : KEMASAN WAYAR KOMPUTER

Bagi tujuan Audit EKSA yang akan dijalankan esok, bersama2 ini disertakan contoh gambar sebelum
dan selepas kemasan wayar komputer yang perlu dilakukan oleh tuan/puan.
 
Sebarang pertanyaan dan mendapatkan gelung tersebut sila hubungi :
1. Wan Abdul Aziz
2. Muhammad Aqmal Hakim


Thursday 21 December 2017

LAWATAN AUDIT DALAM EKSA ZON BWTD & PERTANDINGAN AMALAN EKSA TERBAIK BWTD 2017

Untuk makluman semua, satu lawatan audit daripada Jawatankuasa Audit Dalam EKSA Zon BWTD akan dijalankan pada 27 Disember 2017 (Rabu) dan 15 Januari 2018 (Isnin). 

Justeru, mohon kerjasama semua warga kerja BWTD untuk sama-sama terlibat dalam persediaan menyambut lawatan ini dengan memastikan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ini sentiasa diamalkan di setiap peringkat warga kerja

Sehubungan dengan lawatan audit ini, sukacitanya Jawatankuasa EKSA Zon BWTD akan mengadakan Pertandingan Amalan EKSA Terbaik BWTD 2017 yang akan dinilai pada hari lawatan seperti yang tersebut di atas. Perincian kepada pertandingan ini adalah seperti berikut:



GOTONG-ROYONG EKSA ZON BWTD (22 DISEMBER 2017, JUMAAT)


Wednesday 20 December 2017

Program "EKSA Talk"


Untuk makluman, Sijil Pengiktirafan EKSA bagi JANM akan berakhir pada Februari 2018. Bagi tujuan pembaharuan sijil tersebut, pelbagai program telah dirancang bagi menyemarakkan semula semangat EKSA di kalangan warga BWTD. Program ini akan dimulai dengan mengadakan “EKSA Talk” pada ketetapan seperti berikut:

                        Tarikh  :           21 Disember 2017 (Khamis)

                        Waktu  :           2.30 ptg – 4.30 ptg

                        Tempat:           Bilik Mesyuarat BWTD

Kehadiran seluruh warga BWTD ke program ini adalah amat dialu-alukan supaya penambahbaikan dan nafas baru dapat diberikan kepada ruang kerja masing-masing.

Thursday 14 December 2017

Lawatan EKSA ke Stor Unit BWTD


Sukacita dimaklumkan bahawa Lawatan EKSA ke Stor Unit BWTD yang akan diketuai oleh Dato' Pengarah akan diadakan seperti berikut:-

                 Tarikh  : 13 Disember 2017 (Rabu)
                  Masa    :  3.00 petang - 4.00 petang
               
​Dipohon kerjasama tuan/puan untuk memastikan pegawai yang berkenaan berada di stor semasa lawatan diadakan. Tuan/Puan juga dipohon untuk mengiringi Dato' Pengarah sepanjang sesi lawatan. 

Nota:
​PIC Promosi ditugaskan mengambil gambar dan mengemukakan kepada JK Dokumentasi & Latihan serta PIC Sudut EKSA untuk pendokumentasian.




ROHAIZAH MOHD GANI C.A.(M)
Setiausaha EKSA 
Zon Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut (BWTD)​