Tuesday 29 November 2016

PENGANUGERAHAN KHAS EKSA BWTD BIL. 1/2016


Hasil daripada Lawatan Audit Kendiri EKSA BWTD ​oleh Jawatankuasa Kecil Audit EKSA BWTD pada 24 November 2016 yang lalu, kawasan/ruangan berikut telah mendapat markah yang tertinggi dan layak untuk diberikan Penganugerahan Khas EKSA BWTD Bil. 1/2016:

            ​I.    BILIK PEGAWAI TERBAIK - BILIK PENGARAH BWTD
            II.   RUANG KERJA/WORKSTATION TERBAIK - PUAN JULIANA
            III.  STOR TERBAIK - STOR UNIT AKAUN
            IV
.  RUANG GUNASAMA TERBAIK - RUANG GO GREEN
             V.  SURAU TERBAIK - SURAU LELAKI

Sehubungan itu, pihak Jawatankuasa EKSA BWTD mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada penerima - penerima anugerah dan Sijil Penghargaan akan diedarkan kepada PIC-PIC yang terlibat. 


Semoga dengan kejayaan ini memberi lebih semangat bukan sahaja kepada penerima - penerima anugerah bahkan kepada semua PIC - PIC yang lain dalam memastikan persediaan menyambut Lawatan Audit Jawatankuasa Induk EKSA pada 1 Disember 2016 ini dapat dilakukan dengan kerjasama dan komitmen sepenuhnya oleh warga BWTD.

Monday 21 November 2016

LAWATAN PRA-AUDIT EKSA OLEH JAWATANKUASA AUDIT KENDIRI PADA 24 NOVEMBER 2016

Jawatankuasa Audit Kecil EKSA BWTD telah memutuskan untuk mengadakan lawatan audit kendiri (pra-audit) pada 24 November 2016 (Khamis) ini sebagai persediaan menghadapi lawatan audit induk EKSA.


Justeru, diharap warga BWTD keseluruhannya mengambil maklum akan hal ini dan memberi komitmen sepenuhnya terhadap kerja-kerja persediaan dalam menyambut lawatan-lawatan audit EKSA ini.