Monday, 23 October 2017

Agenda Pengauditan Dalaman EKSA JANM Siri 2/2017 (24 Okt 2017)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Berikut merupakan Agenda Program Pengauditan Dalaman EKSA JANM Siri 2/2017 di Zon BWTD pada 24 Oktober 2017 (Selasa):

AGENDA
9.30 pagi             Ketibaan rombongan lawatan Jawatankuasa Audit EKSA JANM
9.45 pagi             Ucapan Aluan dari Timbalan Pengerusi EKSA Zon BWTD
10.00 pagi           Persembahan Sudut EKSA (Maya)
10.15 pagi           Lawatan EKSA
11.30 pagi           Semakan Dokumentasi EKSA
12.00 tghari        Sesi Penutup


Dipohon kerjasama semua PIC dan warga BWTD untuk membuat persediaan sewajarnya dan berada di ruang kerja/sudut masing-masing sehingga sesi lawatan selesai. Segala kerjasama tuan/puan mengenai perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.
"Persekitaran Kondusif Warga Produktif"


ROHAIZAH MOHD GANI C.A.(M)
Setiausaha EKSA

Zon Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut (BWTD)

Thursday, 19 October 2017

GOTONG ROYONG EKSA BWTD (20 OKTOBER 2017)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

 Sehubungan dengan Pengauditan Dalaman EKSA JANM Siri 2/2017 yang akan diadakan pada 23-24 Oktober 2017, sukacita dimaklumkan bahawa Gotong Royong EKSA BWTD akan diadakan pada hari esok iaitu 20 Oktober 2017 (Jumaat)

Dipohon agar semua warga BWTD memperkemaskan ruang kerja masing-masing dan bekerjasama dalam membuat persiapan tempat umum serta persekitaran BWTD. Tuan/puan juga dibenarkan untuk berpakaian smart casual pada hari berkenaan sahaja. 

Diharapkan semua warga BWTD dapat memberi kerjasama sepenuhnya dalam memastikan BWTD bersama-sama menyumbang kepada kejayaan JANM seluruhnya dalam mencapai persijilan cemerlang EKSA. Segala kerjasama tuan/puan mengenai perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
"Persekitaran Kondusif Warga Produktif"


ROHAIZAH MOHD GANI C.A.(M)
Setiausaha EKSA

Zon Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut (BWTD)​