Wednesday, 5 February 2020

PERTANDINGAN MENCIPTA SIGNAGE PEJABAT BAHARU BWTD

Pertandingan Mencipta Signage Pejabat Baharu BWTD 



Perasan tak signage BWTD yang tersergam indah pada dinding di ruangan punch card? 

Sempena perpindahan pejabat, warga BWTD dijemput untuk menyertai pertandingan mereka cipta (design) signage pejabat baharu BWTD yang bermula pada 1 Februari 2020 sehingga 28 Februari 2020.

Hasil design tuan/puan berkemungkinan akan diabadikan sebagai signage pejabat baharu BWTD  yang akan menjadi kemegahan BWTD pada masa akan datang.

Oleh itu, hantarkan design anda kepada AJK Promosi EKSA dengan segera.

  • Pn. Rohaizah Binti Mohd Gani (Unit Perundingan) -8110
  • En. Muhammad Ariff Mustaqim Bin Mohd Yusoff (Unit Akaun) - 8082
  • Cik Nurdiana Binti Mohd Arshad (Unit Penguatkuasaan) -8093


(Borang Penyertaan dan Terma & Syarat dilampirkan dalam emel & cloud)

https://cloud.anm.gov.my/index.php/f/2707489



Sekian, terimakasih.
JK Promosi,
EKSA 2019/2020.

Wednesday, 16 October 2019

AUDIT DALAM EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) 2019


Audit Dalam Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) 2019 akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Kerja Audit Dalam EKSA pada 17 dan 18 Oktober 2019.

 Oleh itu, mohon kerjasama tuan/puan untuk memastikan kawasan kerja dan kawasan bawah seliaan tuan/puan berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur selaras dengan amalan EKSA.

Tuesday, 8 October 2019

PERTANDINGAN KAWASAN KERJA TERBAIK






Bersempena dengan pelaksanaan Audit Dalam EKSA, JK Kerja EKSA Zon BWTD 2019/2020 melancarkan Pertandingan Kawasan Kerja Terbaik.

Terdapat 4 kategori yang dipertandingkan iaitu:
  • ·         Kubikel Terbaik
  • ·         Unit Terbaik
  • ·         PIC EKSA Terbaik
  • ·         Bilik Pegawai Terbaik

Pertandingan ini telah berlangsung bermula pada 1 Oktober 2019 sehingga 18  Oktober 2019. Dalam tempoh ini, juri-juri misteri akan menilai keadaan kawasan kerja tuan/puan pada bila-bila masa. Oleh itu, tuan/puan hendaklah memastikan kawasan kerja tuan/puan berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur selaras dengan amalan EKSA.

 Para pemenang untuk setiap kategori akan dimaklumkan pada 18 Oktober 2019 dan membawa pulang hadiah penghargaan.