Wednesday, 18 January 2017

AGENDA PRA PENGAUDITAN JAWATANKUASA AUDIT DALAM EKSA JANM (19 Jan 2017)

Dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Audit EKSA JANM akan mengadakan Pra Pengauditan EKSA di Zon BWTD pada 19 Januari 2017 (Khamis). Agenda program adalah seperti berikut:


Dipohon kerjasama semua PIC untuk membuat persediaan sewajarnya dan berada di ruang kerja/sudut masing-masing sehingga sesi lawatan selesai. Segala kerjasama tuan/puan mengenai perkara ini amatlah dihargai.

Oleh,
Setiausaha EKSA

Zon Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut (BWTD)

Tuesday, 29 November 2016

PENGANUGERAHAN KHAS EKSA BWTD BIL. 1/2016


Hasil daripada Lawatan Audit Kendiri EKSA BWTD ​oleh Jawatankuasa Kecil Audit EKSA BWTD pada 24 November 2016 yang lalu, kawasan/ruangan berikut telah mendapat markah yang tertinggi dan layak untuk diberikan Penganugerahan Khas EKSA BWTD Bil. 1/2016:

            ​I.    BILIK PEGAWAI TERBAIK - BILIK PENGARAH BWTD
            II.   RUANG KERJA/WORKSTATION TERBAIK - PUAN JULIANA
            III.  STOR TERBAIK - STOR UNIT AKAUN
            IV
.  RUANG GUNASAMA TERBAIK - RUANG GO GREEN
             V.  SURAU TERBAIK - SURAU LELAKI

Sehubungan itu, pihak Jawatankuasa EKSA BWTD mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada penerima - penerima anugerah dan Sijil Penghargaan akan diedarkan kepada PIC-PIC yang terlibat. 


Semoga dengan kejayaan ini memberi lebih semangat bukan sahaja kepada penerima - penerima anugerah bahkan kepada semua PIC - PIC yang lain dalam memastikan persediaan menyambut Lawatan Audit Jawatankuasa Induk EKSA pada 1 Disember 2016 ini dapat dilakukan dengan kerjasama dan komitmen sepenuhnya oleh warga BWTD.

Monday, 21 November 2016

LAWATAN PRA-AUDIT EKSA OLEH JAWATANKUASA AUDIT KENDIRI PADA 24 NOVEMBER 2016

Jawatankuasa Audit Kecil EKSA BWTD telah memutuskan untuk mengadakan lawatan audit kendiri (pra-audit) pada 24 November 2016 (Khamis) ini sebagai persediaan menghadapi lawatan audit induk EKSA.


Justeru, diharap warga BWTD keseluruhannya mengambil maklum akan hal ini dan memberi komitmen sepenuhnya terhadap kerja-kerja persediaan dalam menyambut lawatan-lawatan audit EKSA ini.